Monday, March 8, 2010

perangcangan projek 'mega'





Gunung Tebu

Ketinggian : 1039 meter/ 3408 kaki

Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.

Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus. Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa.Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka sertadilengkapi dengan kemudahan elektrik.Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunun g Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebaynyak RM5 sebagai permit mendaki.


Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ setiap pendaki akan menyusuri ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan k e puncak.


Selepas melintasi Sungai Y, kita perlu mendaki dan mula memasuki hutan Lipur Gunung Tebu. Kecerunan pendakian hanya sekitar 45 darjah sahaja. Sekitar pendakian, kita akan sampai di satu kawasan yang mempunyai baru besar yang berketinggian lebih dari 5 meter. Batu ini dikenali dengan nama Batu Mat Hassan. Dari Batu Mat Hassan untuk ke puncak hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja. Sebelum sampai di puncak, iaitu jam perjalan dari batu Mat Hassan, kita akan berjumpa dengan satu kawasan lereng yang boleh melihat permandangan sekitar Gunung Tebu. Tempat ini dikenali dengan Jendela Dunia.

Setelah tiba di puncak gunung Tebu, ambil laluan ke kiri dan dalam laluan menurun untuk sampai ke tapak perkhemahan. Puncak Gunung Tebu jarang pendaki akan bermalam kerana, tiada sumber air disana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan di mana terdapat satu papan tanda dari PMM. Terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua. Dari batu tersebut jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja.
KuburTeruskan menuruni sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini kawasan terbuka dan berangin, disarankan agar turun kebawah sedikit untuk berkhemah. Disini terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan.

UNDANG-UNDANG USC

1. Kehadiran adalah wajib kepada semua ahli terlibat pada setiap mesyuarat dan aktiviti.
2. Ahli Jawatankuasa yang dilantik hendaklah menjalankan tugas mereka dengan bijak, cekap, dan beramanah.
3. Ahli-ahli kelab hendaklah bekerjasama diantara satu sama lain.
4. Pakaian setiap ahli tidak menjolok mata sama ada di luar kampus ataupun di dalam kampus.

KONSEP USC

UiTM Science Club ini merupakan satu kelab akademik bagi penuntut Pra-Diploma dan diploma Sains di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu yang menekankan aspek-aspek pembangunan diri generasi muda khususnya mahasiswa disamping memupuk semangat, sifat-sifat dan nilai-nilai pembangunan diri secara berkelompok bagi menghasilkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai mahasiswa yang berwibawa.

LATAR BELAKANG UiTM SCIENCE CLUB

Kelab ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar Diploma Sains usahasama diantara Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dengan Universiti Teknologi MARA bagi memastikan kebajikan para pelajar program usahasama UiTM dijaga. Kelab ini merupakan kelab akademik dimana keahlian adalah secara automatik apabila pelajar mengikuti kursus dibawah usahasama UiTM. Di samping itu untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di samping memenuhi hobi mereka.


Penglibatkan aktif pelajar melalui aktiviti kelab boleh menimbulkan rasa semangat berkumpulan, kemahiran, kefahaman dan mengamalkan kebaikan yang diperolehi melalui aktiviti kerohanian yang dijalankan.


Diharap kepada ahli UiTM Science Club dapat menyesuaikan diri dalam aktiviti yang dianjurkan demi kebaikan, kepentingan serta imej kelab. Pengalaman dan pengetahuan daripada aktiviti tersebut bolehlah dimanfaatkan pada masa akan datang. Akhir kata, diharap ahli kelab dapat memberi kerjasama dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan dengan penuh semangat dan ceria.